hehe...actually, perkara ni aq alami sendiri..
memandangkan cuti 4 bulan yg diberikan oleh kerajaan,
aq telah mengambil keputusan untuk bekerja sementara di sebuah kilang sekitar sini.
1st week, semuanya ok..
tapi..aq tau ada yg pandang2..
disebabkan MALAYSIA ni xramai pekerja lah kononnya,
maka, gov pun membenarkan utk mengambil pekerja dari negara-negara bersebelahan.
antara rakyat-rakyat yg turut mencari rezeki kat kilang tu,
termasuklah MYANMMAR & NEPAL (cam salah je aq eja myanmmar tuh) haha..
2nd week, aq n sorg lg sahabat ditukarkn ke part len..
bese r, keje..
masa 1st sem, dalam subjek PSM, proses ni dipanggil job rotation,
tujuan proses ini adalah untuk membiasakan semua pekerja terhadap semua kerja,
andainya seseorg pekerja tidak datang atau berhenti,
so, ada org yg leh gantikan..
ok, masa kat part ni, aq n sahabat selalu diganggu oleh org NEPAL
menurut KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, terdapat beberapa bentuk gangguan seksual iaitu :
- gangguan secara lisan
- gangguan secara isyarat / bukan lisan
- gangguan visual
- gangguan psikologi
- gangguan fizikal
Gangguan Lisan merupakan gangguan dari segi kata - kata, komen, gurauan, bunyi dan soalan - soalan yg berbentuk ancaman atau cadangan seksual.

Gangguan Visual contohnya menunjukkan bahan - bahan lucah, melukis gambar lucah serta mendedahkan bahagian badan yg sulit.
Gangguan Psikologi pula contohnya mengulangi jemputan sosial yg telah diterima
dan Gangguan Fizikal adalah gangguan yg paling ketara contohnya sentuhan yg tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium serta serangan seksual.
* utk bacaan lebih mendalam sila klik disini
menurut KSM juga, pihak majikan memainkan peranan penting dalam menyediakan cara @ prosedur yg jelas utk membuat aduan. Selain itu, majikan perlu lah menggariskan definisi yang jelas tentang gangguan seksual serta dasar melarang gangguan seksual.
hal ini kerana, gangguan seksual akan memberikan kesan negatif yang amat mengerikan dan menteksa kepada mangsa. mangsa selalunya akan merasa benci, takut, marah dan hilang pertimbangan yg seterusnya akan menjejaskan kesihatan serta mengakibatkan tekan emasi dan fizikal. mangsa juga mungkin mengalami trauma emosi, gelisah, cemas, sugul dan rasa rendah diri serta terhina (KSM,1999)
baru 2 minggu kerja kat situ, macam - macam aq da kena..
huuu~ baru nk kerja kn..
pape pun, hope pas ni xada la lagi gangguan - gangguan ni..=)
kalau korang nak baca lagi leh try search kat google..hee~
ni antara sumber aq utk hari ni.
Sumber :