Friday, 6 May 2011

Dugaan ALLAH


besarnya dugaan ALLAH..
xhenti-henti dugaan yang diberi ALLAH..
ingatkan akulah yang paling sedih sekarang ni..
tp, setelah 2 tahun xjmpa kak A,
mcm-mcm cerita dr dia tadi..
adik dia excident..
da 7bulan koma...
maknya pula, hampir gila kerana tak dapat terima kemalangan tu..
tapi alhamdullilah, mak kak A da semakin pulih..
dan semakin kuat untuk menerima ketentuan ILLAHI..
adik kak A masih belum berubah..
separuh dari tempurung kepalanya hancur,
dan sepanjang 2 bulan dihospital,
adik kak A mengalami 7x operation..
sekarang adik kak A di rumah..
hanya mampu menggerakkan mata..
dan hanya degupan jantung je yang meyakinkan bahawa dia masih lagi hidup..

YA ALLAH...
berat sungguh dugaan yang kak A terima..
tak habis disitu,
kak A diduga sekali lagi..
pada mulanya berita gembira, yang akhrnya membawa kesedihan kepadanya..
kak A disahkan mengandung..
pada bulan ke3, kak A pergi ke klinik bagi membuat check-up kerana mengalami pendarahan..
mencemaskan apabila doktor xdpt mengesan denyutan nadi si kecil..
kak A disuruh serta merta berjumpa pakar utk rawatan lanjutan..
kerana disyaki kandungan itu merupakan "molar pregnancy"
petang tu jgk kak A dimasukkn ke wad..
dia ditahan dua minggu..
di bedah..dan dikeluarkan kandungan itu..
nasib bek lah dapat dikesan awal..
sekiranya lambat, kandungan itu akan menjadi kanser..



kandungan molar terhasil disebabkan berlakunya kerosakan pada kromosom pasangan
menyebabkan sperm untuk membahagi secara sendiri dengan cara tidak normal..
ini akan menyebabkan rahim membesar secara cepat dan berlakunya pendarahan pada bahagian faraj..
jika dilihat secara kasar, sindrom kandungan molar hampir sama dengan kandungan normal cuma jika diteliti terdapat perbezaan :

- loya dan muntah secara berlebihan
- pendarahan dari faraj
- rahim membesar dengan cepat

yang paling nyata, apabila dibuat ujian ultrasound, didapati tiada degupan jantung. 
rawatan selanjutnya akan menunjukan bacaan hormon HCH yang tinggi
selalunya rawatan yang diterima ialah menyedut sebanyak mungkin tisu-tisu yang ada didalam rahim.
bentuk tisu yang dikeluarkan seperti buih...
rawatan selanjutnya, pesakit akan diawasi dari masa ke masa untuk melihat tahap bacaan hormon..
pesakit juga akan dinasihatkan untuk tidak hamil selama dua tahun.

kak A, semoga tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan ALLAH.
mmg benarlah apa yang dikatakan ayah kak A,
"ALLAH tak kan menguji sekiranya kita tidak mampu menhadapinya"

0 Comment:

 

littleWorld Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea