Wednesday 15 February 2012

back to SCHOOL :)

0 Comment
3 days left
I will going back to college on 19th

mum had started using the sad word
no one could help her after this..bla..bla..

I afraid to go back there
there is a lot of things in my mind

can I handle it better than last sem?
how can I faced him?
what should I do?
can I live alone again?
how can I arrange my stuff?

what ever it is
I MUST go back
its my duty
for my future
for my parents

p/s : mishyu my frenz !



Monday 13 February 2012

Bukan pintaku

0 Comment
Alhamdulillah
hidung ini masih boleh bernafas lagi hari ni
mulut ini masih mampu tersenyum
mata ini masih dapat melihat

"i don't know what is wrong,
but definitely there is something wrong"

dipetik dari status FB aku sendiri

nampak sihat dari luar,
namun ada sesuatu yang bersarang dalam diri ni

apa?
Wallahualam

kerisauan si ibu
menyebabkan aku melangkah juga ke gov klinik

berdua dgn adk
* ok ! tq very much, dear : )

doc : ok. apa yang tak kena hari ni ?

me : saya pun tak tahu saya sakit pe doc. hee
saya tak selera mkn. i lost 4kg in 1month
last two months, my gum keeps bleeding
and recently, i had really bad headache

doc : emm.. awk ada batuk ke ?


me : ada. tak teruk tapi hari hari saya batuk


doc : ok. sejak bila ?


me : da lama. lebih setahun
* the truth is since form 5. tapi takut nak ckp. haha


doc : penah tak berpeluh yang banyak waktu malam?


me : tak.
* ok. ada sebenarnya !


doc : tak pelah. kita check dulu. saya nak awak buat ...
1. Xray chest
2. blood test
3. blood pressure
4. air kencing


me : oh. ok
* erk.. takut jarum !

selepas beberapa ujian dijalankan,
keputusannya,

i have to go to hospital for further test

seriously,
tak tahu lah apa yang tak kena !

but definitely,
it is ! there is something wrong : (

pape pun,
aku harap sangat sangat nothing bad happen
Aminn . . .

Friday 10 February 2012

Gemersik Kalbu

akhirnya...
drama Gemersik Kalbu yang diadaptasi dari novel bertajuk sama telah melabuhkan tirainya

permulaan cerita ni,
aku tak tengok
tapi mula melekat kat tv tu bila watak Suffian diperkenalkan

memang minat sangat sangat dengan Aqasha
dan watak yang dibawa oleh Aqasha dalam drama ni menambah lagi minat aku kat dia
tengok senyuman dia je da wat aku tersenyum
arghh..he's so sweet..

pape pun..aku ase cite ni tak melampau
maksud aku mengenai watak Suffian + Raihana lepas jadi husband & wife
xada la nak wat aksi aksi panas
or pakai baju yang panas panas

but still,
cite dia Meletzz !

tak perlu la wat adegan adegan yang panas
or dress yang panas panas
untuk membuatkan cite tu terjual like pisang goreng panas !

orang melayu
orang timur
kenapa perlu ikut budaya barat ?
sepatutnya kita bangga dan mengagungkan budaya kita

nak ckp itu tuntutan cerita ??
doesn't have to be !
wat la part lain
wat la scene lain

cerita tu, kamoo kamoo yang buat
bukan penonton nya
andai nya scene itu PANAS
masih boleh ditukar dengan aksi lain
i'm sure penonton akan puas hati and paham

so, perhaps lepas ni pengarah lain leh contohi cite tu
which part aksi panas panas tu

pape pun !
Gemersik Kalbu the best !
mungkin juga gabungan pelakon yang mantop tu
menambah lagi letupan cite tu. hehe

hope pas ni leh tgk Aqasha lagi :)

p/s : oppsss... sape sape yang terasa tu. maaf la ye. it juz my opinion :)

Thursday 9 February 2012

aku redha, Ya Allah

0 Comment
alangkah ruginya seseorang itu
andai hari ini lebih teruk dari semalam nya

diri ini ibarat nya layang layang terputus tali
tak tahu hala tuju
bagai hilang punca kekuatan
semacam hilang semangat untuk meneruskan

kadang kadang bagai hilang iman
meminta yang bukan bukan
mengharap yang tidak tidak

diri ini rasa kesepian
tapi kawan tak putus menemani

diri ini rasa kesunyian
tapi sahabat tak puas mencari

terlalu jauh kah aku pergi ?
hingga rasanya terlalu sukar untuk kembali ?
atau adakah tersedarnya baru kini ?

sesungguhnya aku tidak kuat menghadapi sendiri
tanpa kawan disisi
tanpa sahabat penyeri diri
tanpa dia mengubat sepi

Ya Allah
diri ini terasa kosong
adakah aku telah kehilangan cintaMu

masih aku mampu menangisi kehilanganya
namun tidak ku mampu menangisi kehilanganMu

masih aku mampu mengadu peritnya rasa
namun tidak tertanggung peritnya tanpaMu

terlalu banyak kasih sayang yang Kau limpahkan buatku
namun mengapa yang satu itu yg aku kesalkan ?
mengapa tidak aku bersyukur ?
sekurang-kurangnya dia pernah buat aku bahagia !

namun sakitnya cukup terasa
malah mengingatinya cukup terseksa
mengapa hadirnya hanya sementara ?

mungkin terbang ku terlalu tinggi
hingga sakit tak bisa berdiri

mengapa yang lain mencintai
andai aku tak mampu memberi ?
mengapa dia yang aku cari
andai bukan dia untuk aku miliki ?

masih ada yang peduli
masih ada yang merindu
masih ada yang kasih
tapi kenapa darinya yang aku tagih ??

sering diri ini tertanya
apa yang aku ada untuknya

aku ini sering terlupa Ya Rabbi
lalu kau utuskan dia untuk mengingatkan aku
tiada yang kekal didunia ini melainkan Mu
cinta nya untuk ku hanya pinjaman dari Mu

aku bersyukur Ya Allah
sekurang kurangnya aku pernah tersenyum dengan cinta itu

kini, aku cuba

bangun, dan cuba bangun lagi
berdiri sendiri
mencari kembali diri

aku redha kini
dia bukan untuk ku

Tuesday 7 February 2012

Jatuh. dan bangun lagi

4 Comment
elo ! elo !
cuti da nak habis
another 2 weeks left : (

takutnya nak menempuh semester depan
lebih lebih takut nak berdepan dengan dia. hehe
mampu kah?

tiap kali mengenangkan dia
mesti macam macam perasaan yang datang
emosi serta merta berubah tak stabil
da macam orang gila. haha

sedih. takut. gembira. cuak.
semua ada lah !

dan yang kedua nya takut untuk menggalas tugas dan tanggungjawab yang diberi
* dari sem lepas duk ckp pasal tanggungjawab ni kan. cam poyo je. haha

but seriously,
bila kita diberi sesuatu tugas
adalah menjadi tanggungjawab kita melaksanakannya dengan baik
dan ianya sangat sangat menakutkan aku

takut andai tak mampu nak buat tugas dengan baik
yang akhirnya menyusahkan orang lain
dan menyebabkan keseluruhan aktiviti menjadi tunggang terbalik. haha
* i hope not!

ada lagi.
oh yeah..of kos!
perkara utama yang menjadi sebab aku berada disini.
ye. di UPM

untuk study
cemerlang
so that i can help my parents
they need me!
my brothers need me : (

tapi..apa yang da jadi?
keputusan semester III betul-betul wat aku terduduk
* satu malam menangis. bengkak bengkak mata. hehe

teruk sangat ke?
teruk. bagi aku ianya sangat sangat teruk
walaupun orang lain cakap ok
which is memang la MASIH ok
but..it's really bad for me : ' (

tak tahu lah mana silap nya
mungkin terlalu sibuk dengan aktiviti?
atau mungkin sebab tak study betul betul
or sebab terlalu sibuk melayan perasaan??

tapi betul kata seorang teman
kadang kadang kita perlu berada dibawah
supaya kita tak terlalu seronok berada diatas
* lebih kurang lah. da lupa. haha

teman menyuruh aku redha,
Alhamdulillah awk,
saya redha sekarang
walaupun masih tak boleh nak cakap pasal hal tu
* nanti mesti nangis. hehe

thus, for the next sem
aku tak nak nangis lagi
aku tak nak main main cinta
aku tak nak marah marah
aku tak nak gadoh dgn my frenz lagi
* azam sem baru?? hehe

but really,
enough is enough !
i'm tired with all that

i just want to enjoy my life,
having fun..laugh
so, for those who want to make me cry !
stay away...cause i really don't want it anymore : )

Thursday 2 February 2012

"awak..kita kawen?"

0 Comment
kawen?
aish..belajar pun tak habis lagi da cakap pasal kawen?
haha..kalau mak abah tau la ni...

tapi..cam ne plak kalau perkahwinan tu dirancang oleh mak dan abah?
tak kenal, tak sayang, tak cinta !
boleh ke nak kawen dgn si dia?

sesungguhnya hati ini masih kecewa
masih terluka
patut kah aku terima?

terima sebab terluka?
sebab kecewa?
atau kerana tanggungjawab aku sebagai anak?

entahlah
sememangnya rasa ini terlalu sakit
sampai aku sanggup dinikahkan dengan lelaki lain?
haha..mungkin

dipetik dari FB kak payyah,

"Aku mencari yang dapat menyempurnakan aku, memimpinku, menghalang yang ingkar, menyuruh yang benar, menjadi imamku, mengulikku dengan Al-Quran.


Aku mencari peneman di dunia yang boleh dibawa ke syurga"

sebenar-benarnya...itulah !
aku bukan mencari teman buat tidur semalam
aku bukan mencari teman khayalan

aku mencari teman dalam redhaNYA
mencari teman suka dan lara
mencari teman tidur selamanya

aku mencari kekasih yang halal

bijak kah keputusan aku?
menerima saat hati masih terluka?

bahagiakah aku disisinya?
mampukah aku membahagiakan dia?

tahulah bahawa hati ini masih berdarah
sakitnya masih terasa

aku serahkan segala-galanya pada ALLAH
andai dia jodohku,
aku redha YA ALLAH

aku terima dikau menjadi teman ku
aku terima dikau menjadi kekasih yang halal buat ku

Ya Allah,
Kau bantulah aku membuat keputusan yaang terbaik untuk diriku
Kau sembuhkanlah luka di hatiku
Kau pertemukanlah aku dengan jodoh yang terbaik buat diriku

Andainya aku belum bersedia
Kau jauhkanlah aku dari jatuh cinta
Andai aku bukan yang terbaik untuk nya,
dan dia bukan yang terbaik untuk ku
Kau gantikanlah yang lebih baik untuk kami

Hanya kepadamu aku bermohon
permudahkanlah segala urusanku
Aminn..
 

littleWorld Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea