Showing posts with label heartNhurt. Show all posts
Showing posts with label heartNhurt. Show all posts

Saturday, 13 April 2013

Another chance

0 Comment
just thinking if I should
give my self another chance
giving him a second chance

yes, I known him for about 2 years,
but I've never met him yet

so, I promised him
if and only if
I meet him
only then
we can talk about us

HIM,
always annoying me
make me mad, angry, sad
but,
he's the one who always there for me

perhaps this is the time for me
giving second chance
for ourselves

p/s: hope it will give a happy ending :) IN SYAA ALLAH

Sunday, 22 July 2012

Chap 3: Practical Training

ouh.ouh !
it's been 8 weeks already.
which mean, supposedly to be "chap 8" !

and,
it's mean
6 WEEKS TO GO !!
so excited ! can't wait to finished it

ok..what's the point here actu??
hee~ i'm so busy theseee days

my mum admited to hospital, ok !
for one week
* ni sume gara gara kau lah nyamuk Aedes. grrr




grrr..it's really make me like crazy
mana nak jaga maknya kat sepital
mana nak tgk-tgk kan abah kat umah
mana nak bela adik yang nk peg sekolah !
dgn praktikalnya lagi : (

aiyoo...
pening + stress
mmg kelam kabut la hidup aku seminggu ni

at last, dgn aku sekali demam !
penat kot. tapi tak ada apa pun

yang aku upsetnya,
bila mkck pkck sepupu sepapat
marah aku.
konon nya sebab aku tak bgtahu mak masuk sepital

grrrr~~~
tolong la phm !
aku tgh serabut + celaru otak
mana la aku nk ingt sume tu

BUT !
at least, aku bgtau wakil kedua2 belah family
mak and abah

agak2 la..
tak kan la xleh nk tolong smpaikan
yg tolong smpaikan tu..terima kasih sgt.sgt.sgtttt !
pastu, yang dpt tau dr org len tu, xpyh la nk mrah
tak kan lah aku dgn mental yg tak stabil ni nk mesej or call sume org ??
* ouh stress !

eh..siryesly
felt like, better aku tak pyh gtau lgsg
* lg la kena mrah klu diorg tau : p

tapi siryesly, pelik dgn org yg tak phm ni
* eh jap, cm lari je dgn tjuk POST? hee

ok2..sebenarnya nk cite. hidup yg kelam kabut ni
smpai ke LI pun kelam kabut. haha
lantak la..asalkan aku puas jaga mak
anything happen, aku tak terkilan

pape pun, thanx so much to SV,
team mate kat manpower planning tu
n kat sorg bdk praktikal yg mulut bising tuh !
* opps..haha..thnx so much yunk
sb sgt2 memahami keadaan sy
n give me support. LOVE YOU ALL KETAT-KETAT : )

and now...
my mum da balik da !
Alhamdulillah
syukur sgt sgt dpt smbut 1st Ramadhan dgn mak kat umah ; (
syukur sgt sgt mak aku sakit, aku kat sini ! * Thanx Ya Allah !
wlupun penat, kelam kabut
aku puas dpt jaga mak : )

p/s : thanx juga kepada kamu yg tak henti henti bagi smangat. hanya Allah dan Rasul je yang tahu : ) Jazakallah...



Thursday, 9 February 2012

aku redha, Ya Allah

0 Comment
alangkah ruginya seseorang itu
andai hari ini lebih teruk dari semalam nya

diri ini ibarat nya layang layang terputus tali
tak tahu hala tuju
bagai hilang punca kekuatan
semacam hilang semangat untuk meneruskan

kadang kadang bagai hilang iman
meminta yang bukan bukan
mengharap yang tidak tidak

diri ini rasa kesepian
tapi kawan tak putus menemani

diri ini rasa kesunyian
tapi sahabat tak puas mencari

terlalu jauh kah aku pergi ?
hingga rasanya terlalu sukar untuk kembali ?
atau adakah tersedarnya baru kini ?

sesungguhnya aku tidak kuat menghadapi sendiri
tanpa kawan disisi
tanpa sahabat penyeri diri
tanpa dia mengubat sepi

Ya Allah
diri ini terasa kosong
adakah aku telah kehilangan cintaMu

masih aku mampu menangisi kehilanganya
namun tidak ku mampu menangisi kehilanganMu

masih aku mampu mengadu peritnya rasa
namun tidak tertanggung peritnya tanpaMu

terlalu banyak kasih sayang yang Kau limpahkan buatku
namun mengapa yang satu itu yg aku kesalkan ?
mengapa tidak aku bersyukur ?
sekurang-kurangnya dia pernah buat aku bahagia !

namun sakitnya cukup terasa
malah mengingatinya cukup terseksa
mengapa hadirnya hanya sementara ?

mungkin terbang ku terlalu tinggi
hingga sakit tak bisa berdiri

mengapa yang lain mencintai
andai aku tak mampu memberi ?
mengapa dia yang aku cari
andai bukan dia untuk aku miliki ?

masih ada yang peduli
masih ada yang merindu
masih ada yang kasih
tapi kenapa darinya yang aku tagih ??

sering diri ini tertanya
apa yang aku ada untuknya

aku ini sering terlupa Ya Rabbi
lalu kau utuskan dia untuk mengingatkan aku
tiada yang kekal didunia ini melainkan Mu
cinta nya untuk ku hanya pinjaman dari Mu

aku bersyukur Ya Allah
sekurang kurangnya aku pernah tersenyum dengan cinta itu

kini, aku cuba

bangun, dan cuba bangun lagi
berdiri sendiri
mencari kembali diri

aku redha kini
dia bukan untuk ku

Tuesday, 7 February 2012

Jatuh. dan bangun lagi

4 Comment
elo ! elo !
cuti da nak habis
another 2 weeks left : (

takutnya nak menempuh semester depan
lebih lebih takut nak berdepan dengan dia. hehe
mampu kah?

tiap kali mengenangkan dia
mesti macam macam perasaan yang datang
emosi serta merta berubah tak stabil
da macam orang gila. haha

sedih. takut. gembira. cuak.
semua ada lah !

dan yang kedua nya takut untuk menggalas tugas dan tanggungjawab yang diberi
* dari sem lepas duk ckp pasal tanggungjawab ni kan. cam poyo je. haha

but seriously,
bila kita diberi sesuatu tugas
adalah menjadi tanggungjawab kita melaksanakannya dengan baik
dan ianya sangat sangat menakutkan aku

takut andai tak mampu nak buat tugas dengan baik
yang akhirnya menyusahkan orang lain
dan menyebabkan keseluruhan aktiviti menjadi tunggang terbalik. haha
* i hope not!

ada lagi.
oh yeah..of kos!
perkara utama yang menjadi sebab aku berada disini.
ye. di UPM

untuk study
cemerlang
so that i can help my parents
they need me!
my brothers need me : (

tapi..apa yang da jadi?
keputusan semester III betul-betul wat aku terduduk
* satu malam menangis. bengkak bengkak mata. hehe

teruk sangat ke?
teruk. bagi aku ianya sangat sangat teruk
walaupun orang lain cakap ok
which is memang la MASIH ok
but..it's really bad for me : ' (

tak tahu lah mana silap nya
mungkin terlalu sibuk dengan aktiviti?
atau mungkin sebab tak study betul betul
or sebab terlalu sibuk melayan perasaan??

tapi betul kata seorang teman
kadang kadang kita perlu berada dibawah
supaya kita tak terlalu seronok berada diatas
* lebih kurang lah. da lupa. haha

teman menyuruh aku redha,
Alhamdulillah awk,
saya redha sekarang
walaupun masih tak boleh nak cakap pasal hal tu
* nanti mesti nangis. hehe

thus, for the next sem
aku tak nak nangis lagi
aku tak nak main main cinta
aku tak nak marah marah
aku tak nak gadoh dgn my frenz lagi
* azam sem baru?? hehe

but really,
enough is enough !
i'm tired with all that

i just want to enjoy my life,
having fun..laugh
so, for those who want to make me cry !
stay away...cause i really don't want it anymore : )

Thursday, 2 February 2012

"awak..kita kawen?"

0 Comment
kawen?
aish..belajar pun tak habis lagi da cakap pasal kawen?
haha..kalau mak abah tau la ni...

tapi..cam ne plak kalau perkahwinan tu dirancang oleh mak dan abah?
tak kenal, tak sayang, tak cinta !
boleh ke nak kawen dgn si dia?

sesungguhnya hati ini masih kecewa
masih terluka
patut kah aku terima?

terima sebab terluka?
sebab kecewa?
atau kerana tanggungjawab aku sebagai anak?

entahlah
sememangnya rasa ini terlalu sakit
sampai aku sanggup dinikahkan dengan lelaki lain?
haha..mungkin

dipetik dari FB kak payyah,

"Aku mencari yang dapat menyempurnakan aku, memimpinku, menghalang yang ingkar, menyuruh yang benar, menjadi imamku, mengulikku dengan Al-Quran.


Aku mencari peneman di dunia yang boleh dibawa ke syurga"

sebenar-benarnya...itulah !
aku bukan mencari teman buat tidur semalam
aku bukan mencari teman khayalan

aku mencari teman dalam redhaNYA
mencari teman suka dan lara
mencari teman tidur selamanya

aku mencari kekasih yang halal

bijak kah keputusan aku?
menerima saat hati masih terluka?

bahagiakah aku disisinya?
mampukah aku membahagiakan dia?

tahulah bahawa hati ini masih berdarah
sakitnya masih terasa

aku serahkan segala-galanya pada ALLAH
andai dia jodohku,
aku redha YA ALLAH

aku terima dikau menjadi teman ku
aku terima dikau menjadi kekasih yang halal buat ku

Ya Allah,
Kau bantulah aku membuat keputusan yaang terbaik untuk diriku
Kau sembuhkanlah luka di hatiku
Kau pertemukanlah aku dengan jodoh yang terbaik buat diriku

Andainya aku belum bersedia
Kau jauhkanlah aku dari jatuh cinta
Andai aku bukan yang terbaik untuk nya,
dan dia bukan yang terbaik untuk ku
Kau gantikanlah yang lebih baik untuk kami

Hanya kepadamu aku bermohon
permudahkanlah segala urusanku
Aminn..

Wednesday, 25 January 2012

KisahCinta

0 Comment
Hawa
diciptakan dari rusuk nya Adam


bukan dari kaki utk dijadikan alasan
bukan dari kepala utk dijadikan junjungan


tapi dekat dihati
utk dikasihi
dan disayangi

lama terbiar hati nan luka
kosong hampa dan sunyi
terisi dgn suka dan tawa
kanda datang mengusir sepi

air tenang dipinggir muara
tenangnya air tanpa gangguan
berkocak terusik bergetar jiwa
tatkala tahu kanda berteman

segala usaha dinda lakukan
bermacam doa dinda hajatkan
andainya bukan suratan Tuhan
bersama kita bukan kenyataan

luka dijari nampak berdarah
luka dihati bertambah parah
kanda menjauh seakan pasrah
dinda terpaksa pergi menyerah

ingat lagi gurau dan senda
terbayang segala saat bersama
andai bukan jodoh kita
biarlah pergi hati yang lara

diamnya dinda ada makna
perginya dinda membawa duka
tumpahnya air mata derita
asal dikau bahagia wahai pujangga

bukan menyalah pada sesiapa
mungkin sudah suratan kita
bertemu bukan untuk bersama
sekadar bahagia untuk sementara


Tuesday, 24 January 2012

lupakah aku?

0 Comment
kenangan itu datang lagi
aq ingat aq da lupa
aq ingat aq da cukup kuat utk hadapi sume tu

lappy ni da berat dgn gmbr
dalam masa delete gmbr
jmpa gmbr dulu

sakitnya
tapi aq still simpan gmbr tu
untuk apa di ingat lagi rase sakit tu
untuk apa aq pun tak pasti

menyemarakkan kembali rasa sakit
rasa sedih
terluka
dikhianati !
utk itu kah??

sesungguhnya tak pernah aq terluka mcm tu
sampai bila-bila pun aq tak kan maafkan dia
sebab dia lah benda ni terjadi

tak REDHA kah aq?
mungkin
kerna sesungguhnya ianya sangat-sangat menyakitkan
mungkin kerna terlalu sayang
sakit itu masih terasa

tahu tak awk
sekarang da tak macam dulu !
walau pe pun yang saya wat
tak akan sama macam dulu  : (

tak mungkin akan sama awak
tak mungkin....

"...Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Bisakah hatiku difahami
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu..."

Bisakah by Siti Nurhaliza

Thursday, 6 October 2011

utk AWAK

0 Comment
saya tau awak akan baca...
saya tau awak sentiasa peka...

bukan saya tak nak..
tapi tak bersedia...

macamane ianya nk dipanggil "fall in"
sekiranya saya memaksa diri ini menyayangi awk?

saya hargai perasaan awk..
tapi saya tak mampu nak balas perasaan awk terhadap saya..

saya percaya awak paham...
saya tau awk kecewa...

tapi biarlah kita berkawan dulu...
klau da jodoh, tak kemana..

saya percaya awk akn jumpa perempuan lain..
yg mungkin akan buat awk lebih menyayanginya..
saya tau awk akn ckp "saya nk awk"

hormatilah keputusan saya..
seperti saya menghormati perasaan awk terhadap saya..

andainya sudah tersurat saya adalah untuk awk..
dan awk yang terbaik buat saya,
INSYAALLAH..
pasti ada jalannya..

percayalah akn ketentuan-NYA...
DIA pasti menyediakan yg terbaik untuk kita...


Tuesday, 10 May 2011

juz another week!

0 Comment
awk ckp awk xdtg..
it is..
u really r..
awk mmg xkn dtg kn..
even i won't hear a wish from u..

Saturday, 23 April 2011

kasih IBU sampai ke syurga, kasih AYAH ke hujung nyawa..

0 Comment
itulah ungkapan yg kita selalu dengar..
tanpa mereka,siapalah kita..
ibu dan ayah..
walau sebesar mne dosa mereka,
walau seteruk mne mereka,
merekalah ibu bapa kita !

ya!
yg melahirkan kita..
yg menjaga kita..
yg membelai kita..

memberi kasih syg...
memberi perlindungan..

mungkin...
mungkin mereka silap dimana2..
memarahi..memukul..
mungkin juga kerana kita sendiri yg mencari punca..
tapi mereka..merekalah ibu bapa kita..
itulah tggungjwb kita..
mendoakan mereka..

mungkin juga slhnya pd mereka..
mungkin juga hati sudah lme bernanah..
menahan luka..
sakit dan derita...
akibat maki dan hina...
tapi mereka! ibu bapa kita..


ibu dan ayh mampu menjaga 10 org anak..
tp 10 org anak sanggup menghantar ibu dan ayah mereka ke rumah kebajikan..


ya ALLAH..
kau lindungilah aq dan adik2 ku dari menjadi anak yg derhaka..
lindungilah kami dari buat perkara seperti itu..
lindungilah kedua ibu bapaku..
ringankan lah beban mereka..
lapangkanlah hati ibu bapaku..
berikanlah mereka nikmat kesihatan-Mu..
ya ALLAH...='(
lov u mum..dad..!!

 

Sunday, 3 April 2011

saya minta maaf...

1 Comment
maaf...
satu perkataan yang sgt berhrga...
brmkna..brnilai..
berkuasa..
maaf juga merupakan satu jnji..
dimana,apabila seseorang melakukan kesilapan,
dia akan meminta maaf dan berjanji untuk tidak mngulanginya lg..
maaf..
andai perkataan ini diucapkan pada wktu yg xsptutunya,
atau dgn prasaan yg tidak tulus..
maka, hilanglah sgala kuasanya..
hilanglah nilainya..
nilai sebuah kemaafan...
kuasa untuk memadamkan api kemarahan...
maaf...
kita manusia biasa,
yg sering lupa..
sering membuat dosa..
maaf...itulah yg kita mampu buat..
memohon ampun...
dr Allah, Ibu dan Ayah..
serta rakan dan org yg kita syg..
maaf...
manusia..ada batas dan tahap kesabaranya
manakan mampu ditahan lg,
sekiranya ucapan maaf dan janji yang dilafazkan,
hanya sekadar mnanam tebu di pinggir bibir..
hanya sekadar bicara manis yang akhrnya..
menghiris kalbu...
maaf...maaf..dan maaf...
perkataan yang membawa seribu makna..
perubahan...masa depan...

Sunday, 13 March 2011

Seputih Cinta

0 Comment

Mawar putih...
emm...suka..
suka sgt mawar putih...
knp?
sb sy suka warna putih..hehe...
cantik..wangi...
n mempunyai maksud yang sgt mendalam...


"rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu"



cantiknya cincin ni..cantik sgt....
jumpa kat laman web td...
aishhh...klu wat cincin kawin ni...
agk2 cantik x ek..hehe...
 

littleWorld Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea