Wednesday 18 April 2012

ouh.Latihan Industri?

0 Comment
Latihan Industri ( LI )
atau pun selalu nya disebut sebagai PRAKTIKAL
atau, dalam bahasa kasarnya kuli ?

haa..tu la 1st impression yang aku dapat bila cakap tentang LI
tak tahu lah kan macam mana
harap harap sumenya ok je : )

pape pun, sekarang ni
tengah kelam kabut cari tempat LI
uuu~ tadi terima email dr SIRIM
lampu kuning kehijauan nampaknya dari SIRIM
* huhu. harap sangat dapat kat sana

tapi tak leh la nak tunggu je kan
kena gak usaha mintak tempat lain

sekarang ni tengah usaha kan
Karangkraf dengan SUK plak.
waa~ habis da sume syarikat kat Shah Alam aku try. hee~

hope sangkut la satu kan
berdoa, berusaha, dan tawakal

Tuesday 17 April 2012

F.R.I.E.N.D.S

0 Comment
assalamualaikum,
entry kali ni len sikit la.
pasal friendship

sume orang mest ada kawan kan
best frenz, sahabat atau kenalan?

for me,
kawan tu bukan lah segalanya
tapi ianya satu perkara yang sangat sangat berharga
yang sangat sangat bernilai

tanpa mereka,
tak kan ada gelak ketawa
tak kan ada gosip gosip hangat

dengan ada nya mereka juga,
kita menangis
terasa, merajuk?

it's happened to me

mungkin ada sesetengah orang fikir
childish atau keanak anakan
tapi, inilah aku

cuba sedaya upaya untuk jadi kawan yang baik
always be there for them
pinjamkan bahu untuk menangis
hulurkan tangan saat mereka terjatuh
tadahkan telinga dengar cerita mereka

tapi,
saat aku memerlukan mereka?
pernah ke mereka paham?

betul,
aku tak leh nak expect orang len macam aku
tapi tak kan lah sedikit pun mereka tak paham?

aku ikhlas, Ya Allah
namun aku juga memerlukan sedikit kasih sayang dari mereka


mungkin aku belum jadi kawan yang terbaik buat mereka
namun, andai selepas ini aku berubah
maafkan aku
aku cuma dah penat mengalah




Saturday 14 April 2012

another appointment

2nd May

lagi dua minggu
another appointment dengan doktor
kat hospital serdang

bad news : tak suka jumpa doktor !
sakit....huu~

good news : leh jumpa abg driver hensem.
haha..gatal : p

nak wat cam ne
takut cm ne pun
kena pergi gak

bak kata mak
"nak baik kan"

waa~ semoga semuanya akan berakhir dengan cepat

first, tak nak ponteng class da
second, penat tunggu kat hospital
third, BORING pergi sorang sorang
forth, takut : (

p/s: hope everything will be fine


Friday 13 April 2012

Holidays is OVER

0 Comment
elo ! elo !

hari ni da hari jumaat
ahad da balik kolej

waa~
tak puas cuti.
dengan assignment belambak tak ciap lagi. heee

hurm..
1st test result da keluar
makin teruk

kenapa la agaknya
macam zaman kejatuhan. waaa

result? getting worst
health? tak tahu la makin baik atau tak
heart? bertambah luka

aish..
ni ke STUDENT LIFE yang perlu aku tempuhi ?

enough is enough
I cannot stand it anymore

Thursday 5 April 2012

MATI itu pasti

0 Comment
3 April 2012

membuka facebook seperti biasa
tersentak melihat status seorg teman


"Takziah kepada Player SMK Sek 16, meninggal dunia akibat dipanah petir ketika bermain bola sepak di UPM."

terkejut.sedih. tak sangka

dari hari isnin
nampak ada pertandingan di padang depan kolej ni
penuh dengan budak budak
tak sangka pulak budak budak sekolah

dan yang paling tak sangka,
sekolah aku ada hantar wakil
dan menjadi sejarah dan tragedi di sana

Ya allah.
rasa sedih sangat sangat

hari ni balik rumah
dengar cerita dari adik
yang mana kawan kawan kelas dia sendiri berada di tempat kejadian
* sangat bersyukur adik aku tak ada disana : (

Mustaqim
atau digelar akim oleh kawan kawannya
seorang yang manis dengan senyuman
seorang pelajar yang baik

ketika kejadian,
beliau dan juga Yusop ( seorang lagi mangsa )
sedang mengemas dan mengambil barang
yang ditinggalkan dibawah pokok
* dekat guard house tu

waktu kejadian,
beliau sempat mengatakan bahawa beliau berasa pening
dan terus jatuh
manakala Yusop ibarat terkena sawan
menggeletar dan meronta sebelum terjatuh

mengikut cerita dari kawan kawan nya
ada lagi seorang yang turut mendapat tempias
apabila beliau cuba memegang mangsa dan terkena renjatan
namun beliau tidak apa apa

Alhamdulillah,
Akim selamat dikebumikan semalam
adik adik sempat pergi memandi dan mengafankan beliau
sayu sungguh rasanya
menurut adik, ibu Akim pengsan beberapa kali
Ya Allah, sedihnya hati si ibu
menghantar anaknya yang sihat
tapi menerima pulang mayat yang tidak lagi bernyawa

Bagaimanapun, Alhamdulillah
Yusop dah sedar dari koma

adik juga maklumkan
pelajar pelajar ini mula menunggu bas dari jam 2 lebih hingga jam 5
bayangkan, budak budak ni kesejukan !
kelaparan !

dimana kebajikan mereka ??

nak tau,
adik cakap
kawan kawan dia mengigil gigil tunggu bas kat bawah pokok
meminta makanan dari guard
kesiannya mereka

Ya Allah.
mereka bermain bermati matian untuk pihak sekolah !
mengharumkan nama sekolah, negeri, negara !
namun apa yang mereka dapat ?

bayangkan lah
adik adik kita
berumur belasan tahun
berada jauh dari rumah
ditempat yang baru

tak tahu kat mana nak cari makanan !
tak tahu kat mana nak cari tempat berlindung !

semalam.
turun dari bus,
aku nampak dua orang pelajar menadah air paip dalam baldi
sewaktu melalui mereka, aku terdengar perbualan nya

"jangan isi penuh sangat. nanti nak letak ais batu lagi"

apa yang anda fikirkan ?
ye. air mentah ! air paip itu yang diminum oleh pelajar pelajar yang bermain untuk sekolah ?
tak sanggup rasanya memikirkan andai adik adik aku salah seorang dari mereka
yang kebajikannya terabai
yang keselamatanya  tergadai

tahu tak ?
memandangkan kolej aku yang paling dekat dengan kawasan padang,
most of the time
pelajar pelajar ni akan menumpang duduk dan berehat di kawasan redup sekitar kolej
nampak sangat tak ada tempat untuk mereka berteduh yang disediakan pihak penganjur

jadi, tak mustahil mereka berteduh dari hujan di bawah pokok
yang mana rasanya semua orang tahu,
betapa bahaya nya duduk dibawah pokok saat hujan
dan mangsa nya telah pun ada

tak tahu siapa yang patut bertanggungjawab.
UPM kah ? atau pihak sekolah ?
siapa yang harus dipersalahkan ?
semoga kejadian seperti ini tak berlaku lagi
jangan tunggu terhantuk baru nak terngadah

p/s : semoga adik Yusop akan kembali pulih. adik cakap, wajah arwah kelihatan tersenyum sewaktu dimandi dan dikafankan : ( semoga roh adik Mustaqim akan ditempatkan dalam kalangan orang orang beriman. Al-Fatihah.

Laporan berita Sinar Harian



 

littleWorld Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea