Thursday 5 April 2012

MATI itu pasti

3 April 2012

membuka facebook seperti biasa
tersentak melihat status seorg teman


"Takziah kepada Player SMK Sek 16, meninggal dunia akibat dipanah petir ketika bermain bola sepak di UPM."

terkejut.sedih. tak sangka

dari hari isnin
nampak ada pertandingan di padang depan kolej ni
penuh dengan budak budak
tak sangka pulak budak budak sekolah

dan yang paling tak sangka,
sekolah aku ada hantar wakil
dan menjadi sejarah dan tragedi di sana

Ya allah.
rasa sedih sangat sangat

hari ni balik rumah
dengar cerita dari adik
yang mana kawan kawan kelas dia sendiri berada di tempat kejadian
* sangat bersyukur adik aku tak ada disana : (

Mustaqim
atau digelar akim oleh kawan kawannya
seorang yang manis dengan senyuman
seorang pelajar yang baik

ketika kejadian,
beliau dan juga Yusop ( seorang lagi mangsa )
sedang mengemas dan mengambil barang
yang ditinggalkan dibawah pokok
* dekat guard house tu

waktu kejadian,
beliau sempat mengatakan bahawa beliau berasa pening
dan terus jatuh
manakala Yusop ibarat terkena sawan
menggeletar dan meronta sebelum terjatuh

mengikut cerita dari kawan kawan nya
ada lagi seorang yang turut mendapat tempias
apabila beliau cuba memegang mangsa dan terkena renjatan
namun beliau tidak apa apa

Alhamdulillah,
Akim selamat dikebumikan semalam
adik adik sempat pergi memandi dan mengafankan beliau
sayu sungguh rasanya
menurut adik, ibu Akim pengsan beberapa kali
Ya Allah, sedihnya hati si ibu
menghantar anaknya yang sihat
tapi menerima pulang mayat yang tidak lagi bernyawa

Bagaimanapun, Alhamdulillah
Yusop dah sedar dari koma

adik juga maklumkan
pelajar pelajar ini mula menunggu bas dari jam 2 lebih hingga jam 5
bayangkan, budak budak ni kesejukan !
kelaparan !

dimana kebajikan mereka ??

nak tau,
adik cakap
kawan kawan dia mengigil gigil tunggu bas kat bawah pokok
meminta makanan dari guard
kesiannya mereka

Ya Allah.
mereka bermain bermati matian untuk pihak sekolah !
mengharumkan nama sekolah, negeri, negara !
namun apa yang mereka dapat ?

bayangkan lah
adik adik kita
berumur belasan tahun
berada jauh dari rumah
ditempat yang baru

tak tahu kat mana nak cari makanan !
tak tahu kat mana nak cari tempat berlindung !

semalam.
turun dari bus,
aku nampak dua orang pelajar menadah air paip dalam baldi
sewaktu melalui mereka, aku terdengar perbualan nya

"jangan isi penuh sangat. nanti nak letak ais batu lagi"

apa yang anda fikirkan ?
ye. air mentah ! air paip itu yang diminum oleh pelajar pelajar yang bermain untuk sekolah ?
tak sanggup rasanya memikirkan andai adik adik aku salah seorang dari mereka
yang kebajikannya terabai
yang keselamatanya  tergadai

tahu tak ?
memandangkan kolej aku yang paling dekat dengan kawasan padang,
most of the time
pelajar pelajar ni akan menumpang duduk dan berehat di kawasan redup sekitar kolej
nampak sangat tak ada tempat untuk mereka berteduh yang disediakan pihak penganjur

jadi, tak mustahil mereka berteduh dari hujan di bawah pokok
yang mana rasanya semua orang tahu,
betapa bahaya nya duduk dibawah pokok saat hujan
dan mangsa nya telah pun ada

tak tahu siapa yang patut bertanggungjawab.
UPM kah ? atau pihak sekolah ?
siapa yang harus dipersalahkan ?
semoga kejadian seperti ini tak berlaku lagi
jangan tunggu terhantuk baru nak terngadah

p/s : semoga adik Yusop akan kembali pulih. adik cakap, wajah arwah kelihatan tersenyum sewaktu dimandi dan dikafankan : ( semoga roh adik Mustaqim akan ditempatkan dalam kalangan orang orang beriman. Al-Fatihah.

Laporan berita Sinar Harian



0 Comment:

 

littleWorld Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea