Wednesday 26 December 2012

Pemilik Nyawaku

0 Comment
Wahai, pemilik nyawaku
betapa lemah diriku ini
berat ujian dariMU
ku pasrah semua padaMU

Tuhan, baru ku sedar
indah nikmat sihat itu
tak pandai aku bersyukur
kini ku harapkan cintaMU

Kata-kata cinta terucap indah
mengalir berzikir di kidung doaku
sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta airmataku
teringat semua yang KAU beri untukku
ampuni khilaf dan salah selama ini YA ILLAHI

Muhasabah Cintaku~

Tuhan, kuatkan aku
lindungiku dari putus asa
jika ku harus mati
pertemukan aku denganMU


lagu..bukan semata-mata lagu
lirik..bukan hanya lirik kosong

betapa lirik ini sangat dekat dengan diri ini saat ini

Ya ALLAH,
betapa aku terlalu banyak mengeluh,
menangis
menyesali
dan mempersalahkan entah sesiapa !

Ya ALLAH,
aku terlupa
ini sebahagian dari ujianMU
sebagai peringatan dariMU

ALHAMDULILLAH
terima kasih YA TUHANku,

masih punya masa untuk aku sedar
betapa besar kasih sayangMU

ampuni daku~


Tuesday 18 December 2012

penawar

0 Comment
aishh..
tak larat da nak telan ubat memanjang

boleh tak?

JUST MAKE IT STOP !

penat.
kecewa.

but,
it's give me so much pain

cotcetcotcet: lebih baik mencegah dari mengubati

Wednesday 12 December 2012

RUN away~

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, PTG dah habis,
tapi keje tak siap-siap lagi :(

ouh..gambar, tak dapat nak post
sebab ada kat camera DSLR lagi. hehe

So, next program is TEAM BUILDING OUTDOOR
which held at Air Terjun Berkelah, Maran Pahang
*yang ni leh upload pic bebanyak

TBO ni program hasil assignment utk subjek
PENGURUSAN PROGRAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
actu ada dua program
so, my clasmate kena bagi dua..
half will be an exec for TBO,
n the other half will handle on SEMINAR SAY NO TO SEXUAL HARASSMENT
*next post I'll story bout that seminar, k :)

so, what is all bout TBO?
it is a thousand of happiness joining the program
like siryesly !

BEST, BEST, BEST !
that's the only word to described the experiences

pada mulanya hampir2 80%, aq tak join TBO nih,
tapi memikirkan ini adalah tahun akhir
so, I'll make a decision to join the program

ALHAMDULILLAH,
tak menyesal,
tak rugi
walau sesaat pun

banyak pengalaman baru,
cerita baru,
kawan baru :D

panjat gunung,
minum air sungai,
mandi dekat air terjun,
water confident,
abseiling !

tido berbumbungkan bintang
berlantaikan tanah
masak guna kayu api

makan satay
ikan 3 rasa
dalam hutan

such wonderful experiences !





hope hubungan yang terjalin semasa program ini akan sentiasa utuh dan kekal dunia dan akhirat..amiinnn :)

potpetpotpet: ok...abg fasi baik.caring and cute ! :p

Thursday 15 November 2012

let's TRANSFORM !

0 Comment
Assalamualaikum :)

lelame bebenor tak mengupdate belog ni..
tak pe.tak pe.
so, ape topik hari ni?
ape yang aq nak transform nih ?

haa...ni,
aku sekarang tgh mengkelam kabut kan diri
dengan beberapa program

tapi,
Program Transformasi Generasi
ni yang paling berat aq ase

sb yang lagi 1, aq jadi eksekutif hanya sekadar di atas kertas.Oppss :D
yang satu lg, jadi peserta je :)

so, so..
kebendanyaa Program Transformasi Generasi a.k.a PTG nih??

haa...dgr sini org kg weyh..
PTG nih, adalah hasil dari gabungan assignment dua buah sbjek
Extension Administration & Community Development
* bahasa MELAYU nya.. Pentadbiran Pengembangan & Pembangunan Masyarakat
saja bagi gempak sikit nama..haha


cantik tak?
cantik kan? kan?
sukaaa..tgk banner ni
* credit tu Eksekutif Publisiti

ok, let's story bout this program little bit..
program ni akan berjalan selama 2 hari..
hari pertama, 23 Nov; kami akan bersiar-siar dikawasan kampung
sumenya diuruskan oleh FAMA.
Tq so much
*lecturer suh aq, aq bg kat FAMA plak kan..heee :p

next, on the 2nd day,
oh..really busy day..
kami akan mengadakan beberapa aktiviti,
aktiviti kemuncaknya adalah PROGRAM MOTIVASI PESONA DIRI

Program M.P.D ni,
mensasarkan pelajar2 tingkatan 3 + 4
intipatinya pula, lebih kepada persediaan dlm memilih haluan universiti & kerjaya selepas tamat persekolahannnn~

menarik tak?
haha..selain tu...
kami akan buat program gotong-royong
MEMASAK ulozz...
dgn cikgu-cikgu + beberapa orang kg..
* hope sedap :p

++
tak kan nak tinggal bodoh2 je kan
so, we are going to conteng-conteng dinding sek tu !
* they call it M.U.R.A.L
haha..so that, there is something from us.
from UPM :)

haa..secara ringkasnya,
itu lah PTG..
*wow ! ringkasnya.haha

nanti lepas program, 
aq upload pic bebanyak k :)

cotcetcotcet : semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.Aminnn~

Tuesday 11 September 2012

suka dan DUKA

0 Comment
hye !

semester baru da bermula
Alhamdulillah, selamat menjalani praktikal dgn jaya nya !
& telah selamat menghantar report dan juga wat presentation

1st time,
selama 2thn setengah kat sini,
1st day sampai dah wat assignment !
haha..tak dibuat orang.
kitorang je..
sampai ada yang tak tido semalam nak menyiapkan report.

aku?
sempat la tido dalam sejam. heee : )

okeyh.okeyh
taknak ingat lagi detik-detik siksa dan derita
sepanjang INTERN tu
nak ingat yang manis je 

ouh ye
sblm tak sempat
SELAMAT HARI RAYA 

tahun ni tak buat kuih pun
almaklumlah, BEKERJAya

pape pun,
raya tetap happening
tanpa aku tahu
yang kawan aku tengah dalam kesedihan

her mom passed away
kena strok ringan masa raya PERTAMA

sedih kan ; (
masa tu aku tengah berseronok ronok
tapi kawan aku kat hospital

Alhamdulillah,
mak kawan aku pergi dengan tenang and senang
awal pagi 5 Syawal

sabar ye sahabat
aku percaya
ALLAH tak kan uji sesuatu yang tak mampu kita hadapi

semoga ibunya ditempatkan dalam kalangan orang beriman
dan semoga KAU sentiasa kuat menghadapi hari mendatang

p/s: I'm always here for you, my dear

Sunday 22 July 2012

Chap 3: Practical Training

ouh.ouh !
it's been 8 weeks already.
which mean, supposedly to be "chap 8" !

and,
it's mean
6 WEEKS TO GO !!
so excited ! can't wait to finished it

ok..what's the point here actu??
hee~ i'm so busy theseee days

my mum admited to hospital, ok !
for one week
* ni sume gara gara kau lah nyamuk Aedes. grrr




grrr..it's really make me like crazy
mana nak jaga maknya kat sepital
mana nak tgk-tgk kan abah kat umah
mana nak bela adik yang nk peg sekolah !
dgn praktikalnya lagi : (

aiyoo...
pening + stress
mmg kelam kabut la hidup aku seminggu ni

at last, dgn aku sekali demam !
penat kot. tapi tak ada apa pun

yang aku upsetnya,
bila mkck pkck sepupu sepapat
marah aku.
konon nya sebab aku tak bgtahu mak masuk sepital

grrrr~~~
tolong la phm !
aku tgh serabut + celaru otak
mana la aku nk ingt sume tu

BUT !
at least, aku bgtau wakil kedua2 belah family
mak and abah

agak2 la..
tak kan la xleh nk tolong smpaikan
yg tolong smpaikan tu..terima kasih sgt.sgt.sgtttt !
pastu, yang dpt tau dr org len tu, xpyh la nk mrah
tak kan lah aku dgn mental yg tak stabil ni nk mesej or call sume org ??
* ouh stress !

eh..siryesly
felt like, better aku tak pyh gtau lgsg
* lg la kena mrah klu diorg tau : p

tapi siryesly, pelik dgn org yg tak phm ni
* eh jap, cm lari je dgn tjuk POST? hee

ok2..sebenarnya nk cite. hidup yg kelam kabut ni
smpai ke LI pun kelam kabut. haha
lantak la..asalkan aku puas jaga mak
anything happen, aku tak terkilan

pape pun, thanx so much to SV,
team mate kat manpower planning tu
n kat sorg bdk praktikal yg mulut bising tuh !
* opps..haha..thnx so much yunk
sb sgt2 memahami keadaan sy
n give me support. LOVE YOU ALL KETAT-KETAT : )

and now...
my mum da balik da !
Alhamdulillah
syukur sgt sgt dpt smbut 1st Ramadhan dgn mak kat umah ; (
syukur sgt sgt mak aku sakit, aku kat sini ! * Thanx Ya Allah !
wlupun penat, kelam kabut
aku puas dpt jaga mak : )

p/s : thanx juga kepada kamu yg tak henti henti bagi smangat. hanya Allah dan Rasul je yang tahu : ) Jazakallah...



Saturday 14 July 2012

aku kah yang bersalah?

0 Comment
rindu dia
sangat2..

sometimes,
ase nak post kat wall dia
coment2 kat post dia

tapi,
bila tgk die coment dgn kwn2 dia yang lain

aku batalkan hasrat aku
terasa? 
penat mungkin..
asyik aku yang kena mengalah

ntah. mungkin salah pada diri aku sendiri
tapi, aku cuba lupakan apa yang dia dah buat
walaupun sampai sekarang,
kalau aku ingat apa yg berlaku
aku menangis

sakitnya. kalau lah awk tau betapa sy sakit
akibat perbuatan awak

bukannya menyalahkan awak
ye, salah saya
saya yang rosakkn hbgn kita
yang sy sendiri tak tahu mcmna nak baiki
tak tahu mcmna nak selamatkan
jadi mcm dulu

saya rindu
masa kita dulu
saya cemburu
awak dgn yg lain

maafkan saya
andai ini mengguris hati awk
saya cuma berharap awk tak baca




Sunday 8 July 2012

Hoi Hoi Couple

Hoi ! Hoi !

sape yang layan cite korea
mest tau apa mksd tajuk post ni

da h lama sebenarnya nak buat post ni
tapi asyik tak sempat je

so today... finally !

actually,
"hoi hoi couple" ni adalah gelaran
yang diberi kepada dua orang pelakon korea
iaitu Lee Seung Gi dan Shin Min Ah

huuu~ cute + hensem + romantik ! HAHA
heee~ comel kan !


mereka dapat gelaran ni hasil lakonan mereka dalam drama bersiri korea
"My Girlfriend is Gumiho"

siryesly,
aku bukan peminat fanatik korea
* even artis Malaysia pun tak fanatik.HAHAHA

TAPI !
honestly, memang fanatik gile dgn cite ni..

soooo romantik !
soooo cute !
soooo sedih !

HAHAHA. walaupun kawan sy ckp cite ni ngarut sikit
* sebab cite pasal musang berekor 9  !
okeyh..tak kisah la. aku layan jgk
well...yang fantasi tu la yang best nak tgk kan
sebab tak kan jumpa nya kat dunia nyata ni : )

mula-mula memang tak nak tgk.
tapi kawan aku ajak gak
hambek ko... terus tak leh nak stop !
huuu~ +++ teruknya, masa tu tgh STUDY WEEK ok
memang tak ngadap buku lerr aku : p

tak caya? tak caya?
tak caya pegi la tengok sendiri
HAHA. tapi pape jenis jangkitan, angaun, dan segala bentuk khayalan
adalah tanggungjawab diri sendiri, okeyh ?



heee~ enjoy !

Tuesday 26 June 2012

Chap 2 : Practical Training

2 Comment
tak tahu nak start dari mana
tapi siryes sedih

dah dua kali kena marah
emm...kenapalah aku ni.

tak kisah kena marah kalau betul salah aku
ni tengking depan orang lain
sangat tak professional

maaflah kalau saya menyusahkan
maaflah kalau saya selalu wat masalah

saya tak kan susahkan lagi
saya tak kan cakap pape
saya akan teruskan macam biasa

maafkan saya Dr. 




Saturday 23 June 2012

Chap1 : Practical Training

0 Comment
it's been a week
tak tahu la ok ke tak

but, siryesly.
boringgg




company yg sgt besar
so, pembahagian keje sgt teliti
sampaikan seseorg individu tu wat keje dgn SKOP yg sgt kecik

aku ditempatkan dalam bhgian RECRUITMENT
tau? alaa...ambik orang keje la...

shortly,
aku akan terima dokumen dari semua cawangan
* dokumen new joiner
then proses dokumen tu



T.Y.P.E official letter

Get APPROVAL
EMAIL letter
COPY letter
SEPERATE the original and copied
Proceed to PAYROL
DONE !

All in all, that's all my job in this 1st week.



Thursday 14 June 2012

Next !

0 Comment
oh yeah~
it will be a last paper today
* so excited !

and,
next will be
PRACTICAL TRAINING of course


ouh..
can't think bout that
i'm so freaking out
huhu~ it's just PT
how is it going to be when I have done my study
and enter the working zone

grrr
really terrified
I don't think I'm ready for those

what ever it is,
all of us have to face it
well, you can't be just stay at home
when you already have your degree, rite?

so...
just go for it !
waahh~

Monday 11 June 2012

2nd Paper

0 Comment
arghh....
this is the time.

2nd paper on this evening
5~7pm

hope dpt wat yg terbaik
* tak larat da nk bc notes ni. nak muntah dah ase : p


goodluck for me
and. goodluck for all kengkawan
esp. HRDies

fighting ! fighting !

Thursday 7 June 2012

damn it !

0 Comment
it's hurt me so bad !

oh ok. this time it's not about HIM
but it is about FRIENDSHIP

before this,
anything happen,
she call me, tell me

and now, I didn't know the full story
but I heard a little story from others.
oh yeahh.. perhaps my other frenz already promise her to not tell anybody !

but still, I heard the story
and it's hurt me !

I keep thinking.
why does she not share it with me?
maybe it is because of the TRAGEDY??

damn it !
everyone make a mistake honey !
I've always do my best to protect you.
and I end up with such stupid post I make !

argh.. if and only if  I can bring the yesterday back around

yes it is.
I'm hurt not because you're burdening me !
but I'm hurt because you've didn't treat me like before

ok, fine.
if that what you want.
fine. I'm not going to ask where you go, are you ok or not.
what ever !

p/s : I've just to protect myself from being hurt. again. and again !

Wednesday 6 June 2012

so much pain

really
since yesterday

at this time,
I've already go to sleep
yet, almost 12o'clock baru tertido

sakit, sakit sgt
don't know why
and don't know what is wrong

bdn sejuk
tapi berpeluh peluh
and, sakit..it's like burning my body

oh plis..
I'm going to have my final in a few days more : (

Like Always

huh.
final exam is COMING !!




see?? and..I still have time to do a cute and fancy examination timetable : p


heee~ arghh.. I wish myself a goodluck !
gtg ! i'll update myself later : )


Wednesday 18 April 2012

ouh.Latihan Industri?

0 Comment
Latihan Industri ( LI )
atau pun selalu nya disebut sebagai PRAKTIKAL
atau, dalam bahasa kasarnya kuli ?

haa..tu la 1st impression yang aku dapat bila cakap tentang LI
tak tahu lah kan macam mana
harap harap sumenya ok je : )

pape pun, sekarang ni
tengah kelam kabut cari tempat LI
uuu~ tadi terima email dr SIRIM
lampu kuning kehijauan nampaknya dari SIRIM
* huhu. harap sangat dapat kat sana

tapi tak leh la nak tunggu je kan
kena gak usaha mintak tempat lain

sekarang ni tengah usaha kan
Karangkraf dengan SUK plak.
waa~ habis da sume syarikat kat Shah Alam aku try. hee~

hope sangkut la satu kan
berdoa, berusaha, dan tawakal

Tuesday 17 April 2012

F.R.I.E.N.D.S

0 Comment
assalamualaikum,
entry kali ni len sikit la.
pasal friendship

sume orang mest ada kawan kan
best frenz, sahabat atau kenalan?

for me,
kawan tu bukan lah segalanya
tapi ianya satu perkara yang sangat sangat berharga
yang sangat sangat bernilai

tanpa mereka,
tak kan ada gelak ketawa
tak kan ada gosip gosip hangat

dengan ada nya mereka juga,
kita menangis
terasa, merajuk?

it's happened to me

mungkin ada sesetengah orang fikir
childish atau keanak anakan
tapi, inilah aku

cuba sedaya upaya untuk jadi kawan yang baik
always be there for them
pinjamkan bahu untuk menangis
hulurkan tangan saat mereka terjatuh
tadahkan telinga dengar cerita mereka

tapi,
saat aku memerlukan mereka?
pernah ke mereka paham?

betul,
aku tak leh nak expect orang len macam aku
tapi tak kan lah sedikit pun mereka tak paham?

aku ikhlas, Ya Allah
namun aku juga memerlukan sedikit kasih sayang dari mereka


mungkin aku belum jadi kawan yang terbaik buat mereka
namun, andai selepas ini aku berubah
maafkan aku
aku cuma dah penat mengalah




Saturday 14 April 2012

another appointment

2nd May

lagi dua minggu
another appointment dengan doktor
kat hospital serdang

bad news : tak suka jumpa doktor !
sakit....huu~

good news : leh jumpa abg driver hensem.
haha..gatal : p

nak wat cam ne
takut cm ne pun
kena pergi gak

bak kata mak
"nak baik kan"

waa~ semoga semuanya akan berakhir dengan cepat

first, tak nak ponteng class da
second, penat tunggu kat hospital
third, BORING pergi sorang sorang
forth, takut : (

p/s: hope everything will be fine


Friday 13 April 2012

Holidays is OVER

0 Comment
elo ! elo !

hari ni da hari jumaat
ahad da balik kolej

waa~
tak puas cuti.
dengan assignment belambak tak ciap lagi. heee

hurm..
1st test result da keluar
makin teruk

kenapa la agaknya
macam zaman kejatuhan. waaa

result? getting worst
health? tak tahu la makin baik atau tak
heart? bertambah luka

aish..
ni ke STUDENT LIFE yang perlu aku tempuhi ?

enough is enough
I cannot stand it anymore

Thursday 5 April 2012

MATI itu pasti

0 Comment
3 April 2012

membuka facebook seperti biasa
tersentak melihat status seorg teman


"Takziah kepada Player SMK Sek 16, meninggal dunia akibat dipanah petir ketika bermain bola sepak di UPM."

terkejut.sedih. tak sangka

dari hari isnin
nampak ada pertandingan di padang depan kolej ni
penuh dengan budak budak
tak sangka pulak budak budak sekolah

dan yang paling tak sangka,
sekolah aku ada hantar wakil
dan menjadi sejarah dan tragedi di sana

Ya allah.
rasa sedih sangat sangat

hari ni balik rumah
dengar cerita dari adik
yang mana kawan kawan kelas dia sendiri berada di tempat kejadian
* sangat bersyukur adik aku tak ada disana : (

Mustaqim
atau digelar akim oleh kawan kawannya
seorang yang manis dengan senyuman
seorang pelajar yang baik

ketika kejadian,
beliau dan juga Yusop ( seorang lagi mangsa )
sedang mengemas dan mengambil barang
yang ditinggalkan dibawah pokok
* dekat guard house tu

waktu kejadian,
beliau sempat mengatakan bahawa beliau berasa pening
dan terus jatuh
manakala Yusop ibarat terkena sawan
menggeletar dan meronta sebelum terjatuh

mengikut cerita dari kawan kawan nya
ada lagi seorang yang turut mendapat tempias
apabila beliau cuba memegang mangsa dan terkena renjatan
namun beliau tidak apa apa

Alhamdulillah,
Akim selamat dikebumikan semalam
adik adik sempat pergi memandi dan mengafankan beliau
sayu sungguh rasanya
menurut adik, ibu Akim pengsan beberapa kali
Ya Allah, sedihnya hati si ibu
menghantar anaknya yang sihat
tapi menerima pulang mayat yang tidak lagi bernyawa

Bagaimanapun, Alhamdulillah
Yusop dah sedar dari koma

adik juga maklumkan
pelajar pelajar ini mula menunggu bas dari jam 2 lebih hingga jam 5
bayangkan, budak budak ni kesejukan !
kelaparan !

dimana kebajikan mereka ??

nak tau,
adik cakap
kawan kawan dia mengigil gigil tunggu bas kat bawah pokok
meminta makanan dari guard
kesiannya mereka

Ya Allah.
mereka bermain bermati matian untuk pihak sekolah !
mengharumkan nama sekolah, negeri, negara !
namun apa yang mereka dapat ?

bayangkan lah
adik adik kita
berumur belasan tahun
berada jauh dari rumah
ditempat yang baru

tak tahu kat mana nak cari makanan !
tak tahu kat mana nak cari tempat berlindung !

semalam.
turun dari bus,
aku nampak dua orang pelajar menadah air paip dalam baldi
sewaktu melalui mereka, aku terdengar perbualan nya

"jangan isi penuh sangat. nanti nak letak ais batu lagi"

apa yang anda fikirkan ?
ye. air mentah ! air paip itu yang diminum oleh pelajar pelajar yang bermain untuk sekolah ?
tak sanggup rasanya memikirkan andai adik adik aku salah seorang dari mereka
yang kebajikannya terabai
yang keselamatanya  tergadai

tahu tak ?
memandangkan kolej aku yang paling dekat dengan kawasan padang,
most of the time
pelajar pelajar ni akan menumpang duduk dan berehat di kawasan redup sekitar kolej
nampak sangat tak ada tempat untuk mereka berteduh yang disediakan pihak penganjur

jadi, tak mustahil mereka berteduh dari hujan di bawah pokok
yang mana rasanya semua orang tahu,
betapa bahaya nya duduk dibawah pokok saat hujan
dan mangsa nya telah pun ada

tak tahu siapa yang patut bertanggungjawab.
UPM kah ? atau pihak sekolah ?
siapa yang harus dipersalahkan ?
semoga kejadian seperti ini tak berlaku lagi
jangan tunggu terhantuk baru nak terngadah

p/s : semoga adik Yusop akan kembali pulih. adik cakap, wajah arwah kelihatan tersenyum sewaktu dimandi dan dikafankan : ( semoga roh adik Mustaqim akan ditempatkan dalam kalangan orang orang beriman. Al-Fatihah.

Laporan berita Sinar Harian



Thursday 15 March 2012

rainbow. After the RAIN

0 Comment
Alhamdulillah
segala urusan hari ni berjalan dengan lancar

pape pun, result masih belum diketahui
so, i have to go to hospital again by next week

tak kisah pegi hospital tu
tapi ase rugi sangat tak pegi kelas. wawawa

and yang risaunya,
next week da start minggu mid-term test
hopefully tak ada lah test on the day I go to the hospital : (

tak pelah.
semoga urusan selepas ini berjalan dengan lancar


p/s : ouh. abg drebar. so cute la. TQ so much !

Monday 12 March 2012

ouh. No!




15 Mac 2012

3days to go
another appointment with doctor

kalau boleh nak cepatkan je
huu~ tak larat nak tanggung da

hari hari bleeding !
tak sanggup ase : (

tapi takut gak. waa~
da la tak ada sape nak teman
almaklumlah weekdays
ada kelas, cam ne diorang nak teman

but, siryesly cuak
I am afraid of needle,
darah lagi la !

waa~ makkk
hope you were here mom

nak harap kat dia
sekadar berharap je la
memang tak mungkin dia akan temankan :p

tak pelah
you can do it, nana !
da besar pun
sampai bila nak harap kat orang : )

you can do it by your own
* cehh..motivate diri la konon

p/s : uuu~ kena ponteng kelas, which means aku mest tak dapat hadiah untuk kedatangan penuh kelas Dr. Sham


UPDATED

baru je search lepas post entry ni
pasal suspek penyakit yang doktor cakap

ahh..takutnya !
sume simptom simptom penyakit tu ada kat aku

tak cukup kuat nak hadapi sorang sorang
semoga kenyataanya lebih baik dari bayangan dan sangkaan aku :(

Ya Allah..Ya Allah... YA ALLAH

Monday 5 March 2012

trip to Malacca

0 Comment
hey peeps
at last !
perancangan berbulan bulan
untuk pegi berjalan akhirnya tercapai juga.

MELAKA
destinasi pertama percutian kami
awalnya nak pegi berENAM
namun, yang dua orang lg ada hal yang tak dapat nak dielakkan
so, they can't join this trip
* tak pelah, next time kita pegi lagi : )

ok. picture
memang banyak la.
dua kamera habis bateri !

berapa?
almost 300 pictures !
oopss.. hehe

nak story lagi,
but i've got class now.
so, sampai sini dulu
later i update lg : )


Wednesday 15 February 2012

back to SCHOOL :)

0 Comment
3 days left
I will going back to college on 19th

mum had started using the sad word
no one could help her after this..bla..bla..

I afraid to go back there
there is a lot of things in my mind

can I handle it better than last sem?
how can I faced him?
what should I do?
can I live alone again?
how can I arrange my stuff?

what ever it is
I MUST go back
its my duty
for my future
for my parents

p/s : mishyu my frenz !



Monday 13 February 2012

Bukan pintaku

0 Comment
Alhamdulillah
hidung ini masih boleh bernafas lagi hari ni
mulut ini masih mampu tersenyum
mata ini masih dapat melihat

"i don't know what is wrong,
but definitely there is something wrong"

dipetik dari status FB aku sendiri

nampak sihat dari luar,
namun ada sesuatu yang bersarang dalam diri ni

apa?
Wallahualam

kerisauan si ibu
menyebabkan aku melangkah juga ke gov klinik

berdua dgn adk
* ok ! tq very much, dear : )

doc : ok. apa yang tak kena hari ni ?

me : saya pun tak tahu saya sakit pe doc. hee
saya tak selera mkn. i lost 4kg in 1month
last two months, my gum keeps bleeding
and recently, i had really bad headache

doc : emm.. awk ada batuk ke ?


me : ada. tak teruk tapi hari hari saya batuk


doc : ok. sejak bila ?


me : da lama. lebih setahun
* the truth is since form 5. tapi takut nak ckp. haha


doc : penah tak berpeluh yang banyak waktu malam?


me : tak.
* ok. ada sebenarnya !


doc : tak pelah. kita check dulu. saya nak awak buat ...
1. Xray chest
2. blood test
3. blood pressure
4. air kencing


me : oh. ok
* erk.. takut jarum !

selepas beberapa ujian dijalankan,
keputusannya,

i have to go to hospital for further test

seriously,
tak tahu lah apa yang tak kena !

but definitely,
it is ! there is something wrong : (

pape pun,
aku harap sangat sangat nothing bad happen
Aminn . . .

Friday 10 February 2012

Gemersik Kalbu

akhirnya...
drama Gemersik Kalbu yang diadaptasi dari novel bertajuk sama telah melabuhkan tirainya

permulaan cerita ni,
aku tak tengok
tapi mula melekat kat tv tu bila watak Suffian diperkenalkan

memang minat sangat sangat dengan Aqasha
dan watak yang dibawa oleh Aqasha dalam drama ni menambah lagi minat aku kat dia
tengok senyuman dia je da wat aku tersenyum
arghh..he's so sweet..

pape pun..aku ase cite ni tak melampau
maksud aku mengenai watak Suffian + Raihana lepas jadi husband & wife
xada la nak wat aksi aksi panas
or pakai baju yang panas panas

but still,
cite dia Meletzz !

tak perlu la wat adegan adegan yang panas
or dress yang panas panas
untuk membuatkan cite tu terjual like pisang goreng panas !

orang melayu
orang timur
kenapa perlu ikut budaya barat ?
sepatutnya kita bangga dan mengagungkan budaya kita

nak ckp itu tuntutan cerita ??
doesn't have to be !
wat la part lain
wat la scene lain

cerita tu, kamoo kamoo yang buat
bukan penonton nya
andai nya scene itu PANAS
masih boleh ditukar dengan aksi lain
i'm sure penonton akan puas hati and paham

so, perhaps lepas ni pengarah lain leh contohi cite tu
which part aksi panas panas tu

pape pun !
Gemersik Kalbu the best !
mungkin juga gabungan pelakon yang mantop tu
menambah lagi letupan cite tu. hehe

hope pas ni leh tgk Aqasha lagi :)

p/s : oppsss... sape sape yang terasa tu. maaf la ye. it juz my opinion :)

Thursday 9 February 2012

aku redha, Ya Allah

0 Comment
alangkah ruginya seseorang itu
andai hari ini lebih teruk dari semalam nya

diri ini ibarat nya layang layang terputus tali
tak tahu hala tuju
bagai hilang punca kekuatan
semacam hilang semangat untuk meneruskan

kadang kadang bagai hilang iman
meminta yang bukan bukan
mengharap yang tidak tidak

diri ini rasa kesepian
tapi kawan tak putus menemani

diri ini rasa kesunyian
tapi sahabat tak puas mencari

terlalu jauh kah aku pergi ?
hingga rasanya terlalu sukar untuk kembali ?
atau adakah tersedarnya baru kini ?

sesungguhnya aku tidak kuat menghadapi sendiri
tanpa kawan disisi
tanpa sahabat penyeri diri
tanpa dia mengubat sepi

Ya Allah
diri ini terasa kosong
adakah aku telah kehilangan cintaMu

masih aku mampu menangisi kehilanganya
namun tidak ku mampu menangisi kehilanganMu

masih aku mampu mengadu peritnya rasa
namun tidak tertanggung peritnya tanpaMu

terlalu banyak kasih sayang yang Kau limpahkan buatku
namun mengapa yang satu itu yg aku kesalkan ?
mengapa tidak aku bersyukur ?
sekurang-kurangnya dia pernah buat aku bahagia !

namun sakitnya cukup terasa
malah mengingatinya cukup terseksa
mengapa hadirnya hanya sementara ?

mungkin terbang ku terlalu tinggi
hingga sakit tak bisa berdiri

mengapa yang lain mencintai
andai aku tak mampu memberi ?
mengapa dia yang aku cari
andai bukan dia untuk aku miliki ?

masih ada yang peduli
masih ada yang merindu
masih ada yang kasih
tapi kenapa darinya yang aku tagih ??

sering diri ini tertanya
apa yang aku ada untuknya

aku ini sering terlupa Ya Rabbi
lalu kau utuskan dia untuk mengingatkan aku
tiada yang kekal didunia ini melainkan Mu
cinta nya untuk ku hanya pinjaman dari Mu

aku bersyukur Ya Allah
sekurang kurangnya aku pernah tersenyum dengan cinta itu

kini, aku cuba

bangun, dan cuba bangun lagi
berdiri sendiri
mencari kembali diri

aku redha kini
dia bukan untuk ku

Tuesday 7 February 2012

Jatuh. dan bangun lagi

4 Comment
elo ! elo !
cuti da nak habis
another 2 weeks left : (

takutnya nak menempuh semester depan
lebih lebih takut nak berdepan dengan dia. hehe
mampu kah?

tiap kali mengenangkan dia
mesti macam macam perasaan yang datang
emosi serta merta berubah tak stabil
da macam orang gila. haha

sedih. takut. gembira. cuak.
semua ada lah !

dan yang kedua nya takut untuk menggalas tugas dan tanggungjawab yang diberi
* dari sem lepas duk ckp pasal tanggungjawab ni kan. cam poyo je. haha

but seriously,
bila kita diberi sesuatu tugas
adalah menjadi tanggungjawab kita melaksanakannya dengan baik
dan ianya sangat sangat menakutkan aku

takut andai tak mampu nak buat tugas dengan baik
yang akhirnya menyusahkan orang lain
dan menyebabkan keseluruhan aktiviti menjadi tunggang terbalik. haha
* i hope not!

ada lagi.
oh yeah..of kos!
perkara utama yang menjadi sebab aku berada disini.
ye. di UPM

untuk study
cemerlang
so that i can help my parents
they need me!
my brothers need me : (

tapi..apa yang da jadi?
keputusan semester III betul-betul wat aku terduduk
* satu malam menangis. bengkak bengkak mata. hehe

teruk sangat ke?
teruk. bagi aku ianya sangat sangat teruk
walaupun orang lain cakap ok
which is memang la MASIH ok
but..it's really bad for me : ' (

tak tahu lah mana silap nya
mungkin terlalu sibuk dengan aktiviti?
atau mungkin sebab tak study betul betul
or sebab terlalu sibuk melayan perasaan??

tapi betul kata seorang teman
kadang kadang kita perlu berada dibawah
supaya kita tak terlalu seronok berada diatas
* lebih kurang lah. da lupa. haha

teman menyuruh aku redha,
Alhamdulillah awk,
saya redha sekarang
walaupun masih tak boleh nak cakap pasal hal tu
* nanti mesti nangis. hehe

thus, for the next sem
aku tak nak nangis lagi
aku tak nak main main cinta
aku tak nak marah marah
aku tak nak gadoh dgn my frenz lagi
* azam sem baru?? hehe

but really,
enough is enough !
i'm tired with all that

i just want to enjoy my life,
having fun..laugh
so, for those who want to make me cry !
stay away...cause i really don't want it anymore : )

Thursday 2 February 2012

"awak..kita kawen?"

0 Comment
kawen?
aish..belajar pun tak habis lagi da cakap pasal kawen?
haha..kalau mak abah tau la ni...

tapi..cam ne plak kalau perkahwinan tu dirancang oleh mak dan abah?
tak kenal, tak sayang, tak cinta !
boleh ke nak kawen dgn si dia?

sesungguhnya hati ini masih kecewa
masih terluka
patut kah aku terima?

terima sebab terluka?
sebab kecewa?
atau kerana tanggungjawab aku sebagai anak?

entahlah
sememangnya rasa ini terlalu sakit
sampai aku sanggup dinikahkan dengan lelaki lain?
haha..mungkin

dipetik dari FB kak payyah,

"Aku mencari yang dapat menyempurnakan aku, memimpinku, menghalang yang ingkar, menyuruh yang benar, menjadi imamku, mengulikku dengan Al-Quran.


Aku mencari peneman di dunia yang boleh dibawa ke syurga"

sebenar-benarnya...itulah !
aku bukan mencari teman buat tidur semalam
aku bukan mencari teman khayalan

aku mencari teman dalam redhaNYA
mencari teman suka dan lara
mencari teman tidur selamanya

aku mencari kekasih yang halal

bijak kah keputusan aku?
menerima saat hati masih terluka?

bahagiakah aku disisinya?
mampukah aku membahagiakan dia?

tahulah bahawa hati ini masih berdarah
sakitnya masih terasa

aku serahkan segala-galanya pada ALLAH
andai dia jodohku,
aku redha YA ALLAH

aku terima dikau menjadi teman ku
aku terima dikau menjadi kekasih yang halal buat ku

Ya Allah,
Kau bantulah aku membuat keputusan yaang terbaik untuk diriku
Kau sembuhkanlah luka di hatiku
Kau pertemukanlah aku dengan jodoh yang terbaik buat diriku

Andainya aku belum bersedia
Kau jauhkanlah aku dari jatuh cinta
Andai aku bukan yang terbaik untuk nya,
dan dia bukan yang terbaik untuk ku
Kau gantikanlah yang lebih baik untuk kami

Hanya kepadamu aku bermohon
permudahkanlah segala urusanku
Aminn..

Wednesday 25 January 2012

KisahCinta

0 Comment
Hawa
diciptakan dari rusuk nya Adam


bukan dari kaki utk dijadikan alasan
bukan dari kepala utk dijadikan junjungan


tapi dekat dihati
utk dikasihi
dan disayangi

lama terbiar hati nan luka
kosong hampa dan sunyi
terisi dgn suka dan tawa
kanda datang mengusir sepi

air tenang dipinggir muara
tenangnya air tanpa gangguan
berkocak terusik bergetar jiwa
tatkala tahu kanda berteman

segala usaha dinda lakukan
bermacam doa dinda hajatkan
andainya bukan suratan Tuhan
bersama kita bukan kenyataan

luka dijari nampak berdarah
luka dihati bertambah parah
kanda menjauh seakan pasrah
dinda terpaksa pergi menyerah

ingat lagi gurau dan senda
terbayang segala saat bersama
andai bukan jodoh kita
biarlah pergi hati yang lara

diamnya dinda ada makna
perginya dinda membawa duka
tumpahnya air mata derita
asal dikau bahagia wahai pujangga

bukan menyalah pada sesiapa
mungkin sudah suratan kita
bertemu bukan untuk bersama
sekadar bahagia untuk sementara


Tuesday 24 January 2012

lupakah aku?

0 Comment
kenangan itu datang lagi
aq ingat aq da lupa
aq ingat aq da cukup kuat utk hadapi sume tu

lappy ni da berat dgn gmbr
dalam masa delete gmbr
jmpa gmbr dulu

sakitnya
tapi aq still simpan gmbr tu
untuk apa di ingat lagi rase sakit tu
untuk apa aq pun tak pasti

menyemarakkan kembali rasa sakit
rasa sedih
terluka
dikhianati !
utk itu kah??

sesungguhnya tak pernah aq terluka mcm tu
sampai bila-bila pun aq tak kan maafkan dia
sebab dia lah benda ni terjadi

tak REDHA kah aq?
mungkin
kerna sesungguhnya ianya sangat-sangat menyakitkan
mungkin kerna terlalu sayang
sakit itu masih terasa

tahu tak awk
sekarang da tak macam dulu !
walau pe pun yang saya wat
tak akan sama macam dulu  : (

tak mungkin akan sama awak
tak mungkin....

"...Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Bisakah hatiku difahami
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu..."

Bisakah by Siti Nurhaliza

Friday 20 January 2012

berehat.sebentar

0 Comment
hello ! hello!
at last..cuti gak ! *haha..

ehh~ sebenarnya da hmpir seminggu aq memerap kat umah ni..
ahd lepas abh ambk..
hbis je exm..xsempat nk duk lg..
abh da smpai..
*xsbar-sabar nk aq balik nih..hee

1st day
pe lg..hibernating...
haha...siryesly..
all day long...
i'm juz sleep..
plus xbpe chat sebenarnya...

2nd day
basuh bju yg berlambak..
bju kotor lg byk dr bju bersih yg aq bwk balik..erk !
argh..boring gile..
pe lg..merempit...
g sekolah...hee~ lame xjmpa ckgu..
lme jgk r duk bergosip dgn ckgu-ckgu..

3rd day
baca novel..
baring..
bergolek...
argh..borng !
kwn-kwn sume xada :(

4th day
hey! boring lg....
adik sekolah...
kwn-kwn xcuti...*dip
maka...keseorangan lah aq disini..
dia? keje... :(

5th day
today lah!
mcm bese..pg on9...
bukak tb..
and let tb yg tgk aq... :p

waa~ baru seminggu ni...
tu lah..ms study, sibuk nk cuti..
da cuti ni sibuk bising boring..
nk g study plak..
mcm-mcm lah ko ni nana

p/s : bila result nk kuar ni..hee

Wednesday 4 January 2012

Peperangan Bermula

0 Comment
wahh~
ntah bila study nya..
tetiba da final kan...

semalam da lepas 1 paper..
Alhamdulillah, boleh jwb.
*tp xtau r resultnya cm ne~

hari ni paper BI plak..
buku x khatam lg..
*sempat lg update blog..hadoiii

byk benda nk cite sebenarnya..
mcm2 r..tp xsempat r nk update..
tggu r..nnt cuti~
*wahh...1minggu je lg!

to ALL FRENZ,
xkira kat mne pun..
gudluck!!
wee~ utk AWAK
gudluck jgk~


p/s: hope dpt wat yg lebih bek dr last sem..=)

 

littleWorld Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea