aish..belajar pun tak habis lagi da cakap pasal kawen?
haha..kalau mak abah tau la ni...
tapi..cam ne plak kalau perkahwinan tu dirancang oleh mak dan abah?
tak kenal, tak sayang, tak cinta !
boleh ke nak kawen dgn si dia?
sesungguhnya hati ini masih kecewa
masih terluka
patut kah aku terima?
terima sebab terluka?
sebab kecewa?
atau kerana tanggungjawab aku sebagai anak?
entahlah
sememangnya rasa ini terlalu sakit
sampai aku sanggup dinikahkan dengan lelaki lain?
haha..mungkin
dipetik dari FB kak payyah,
"Aku mencari yang dapat menyempurnakan aku, memimpinku, menghalang yang ingkar, menyuruh yang benar, menjadi imamku, mengulikku dengan Al-Quran.
Aku mencari peneman di dunia yang boleh dibawa ke syurga"
sebenar-benarnya...itulah !
aku bukan mencari teman buat tidur semalam
aku bukan mencari teman khayalan
aku mencari teman dalam redhaNYA
mencari teman suka dan lara
mencari teman tidur selamanya
aku mencari kekasih yang halal
bijak kah keputusan aku?
menerima saat hati masih terluka?
bahagiakah aku disisinya?
mampukah aku membahagiakan dia?
tahulah bahawa hati ini masih berdarah
sakitnya masih terasa
aku serahkan segala-galanya pada ALLAH
andai dia jodohku,
aku redha YA ALLAH
aku terima dikau menjadi teman ku
aku terima dikau menjadi kekasih yang halal buat ku
Ya Allah,
Kau bantulah aku membuat keputusan yaang terbaik untuk diriku
Kau sembuhkanlah luka di hatiku
Kau pertemukanlah aku dengan jodoh yang terbaik buat diriku
Andainya aku belum bersedia
Kau jauhkanlah aku dari jatuh cinta
Andai aku bukan yang terbaik untuk nya,
dan dia bukan yang terbaik untuk ku
Kau gantikanlah yang lebih baik untuk kami
Hanya kepadamu aku bermohon
permudahkanlah segala urusanku
Aminn..
0 Comment:
Post a Comment