Sunday 17 March 2013

Surat Buat Kekasih

Aina mengesat air mata yang mengalir di pipinya. Terasa hangat air itu menodai pipinya. Masih terbayang saat indahnya pertemuan mereka. Saat manis dirinya dibelai, di manja. Tapi itu semua hanya sementara. Panas yang disangkakan sampai ke petang,rupanya hujan di tengahari.

Aina merenung pada bantal peluk pemberian Haikal. Lama dia melihat hadiah itu. Matanya beralih pula pada gelang yang turut dihadiahkan oleh Haikal. Diusap – usap gelang itu.

“ Arghh..rindunya aku pada dia, “ getus suara hati Aina. Aina menggengam erat telefon bimbit nya. Dipandang sepi.

“ Haikal..i miss u “ terkeluar juga ayat itu dari mulut Aina. Malangnya, Haikal tak dengar apa yang baru saja dilafazkan oleh Aina. Sudah seminggu Haikal langsung tidak mengirimkan apa –apa berita. Sudah berkali – kali Aina cuba menghubungi Haikal, tapi tiada jawapan. Baginya, kalau orang dah tak sudi, buat apa lagi dia terhegeh – hegeh.

Aina berlalu. Sudah terlalu lama rasanya dia duduk di balkoni itu. Malam semakin tua. Perlahan – lahan, Aina bergerak ke katil. Tiba – tiba,telefon bimbitnya berbunyi.

Kring..kring.. Aina melihat ke skrin. Aina tidak pasti siapa pemanggilnya. Dengan teragak – agak, Aina menjawab. Suara perempuan ! Aina berdebar – debar.

“ Assalamualaikum, Kak Aina ke ? “ Suara di corong telefon itu kedengaran lemah sekali.

“ Waalaikumsalam. Ye. Aina. Sape di sana ye ? “ 

“ Nur ni kak “ perlahan suara itu menjawab.

“ Nur ? “ Aina terkejut. Nur? Betul kah? Apa yang Nur mahu menelefon nya lewat- lewat begini?

“ Ye kak, Nur ni. Maaf kacau akak malam – malam begini “ tersekat – sekat suara Nur.

Aina menarik nafas panjang. “ Tak mengapa. Ada apa Nur ? “. Tiba – tiba Aina seperti mendengar suara tangisan di sebelah sana. Aina cuak.

“ Nur ? Kenapa ni Nur?? “

“ Kak.. abang..” Aina terpana. Haikal?? 

“ A…abang?? Kenapa dengan abang, Nur ? Abang dimana sekarang, Nur? “ terasa bergetar nada suara Aina. Hatinya menangis bimbang. Apa yang telah terjadi kepada Haikal?

“ Kak, abang sakit. Dia tenat sekarang kak “semakin kuat Nur menangis. Emosinya tak terkawal lagi.

Aina juga sudah menangis. Dia terkesima. Terbayang – bayang semua kenangannya bersama Haikal. YA Allah, Kau selamatkan lah Haikal.

“ Dah seminggu dia masuk hospital kak. Dia tak bagi kami beritahu akak “ Ya Allah.Kenapa Haikal. Aina memejamkan mata. Semakin deras air matanya membasahi pipinya.

“ Dia kat hospital mana, Nur ? “ Aina bertanya perlahan.

“ HUKM kak “

“ Erm..baiklah. Sekejap lagi akak sampai. “ Aina terus mematikan talian, bersiap – siap untuk melawat Haikal di hospital.

***************************************************************************

Dari jauh Haikal lihat Aina berdiri di bawah sepohon pokok. Memandang ke arahnya. Redup sekali pandangan itu. 

“ Aina ! “ jerit Haikal.

Haikal belari – lari anak mendapatkan Aina. Tapi semakin dia cuba menghampiri, Aina dilihat semakin jauh. Haikal menjerit lagi.

“ Aina ! Tunggu Aina ! “

Malangnya Aina seperti tidak mendengar panggilannya. Aina semakin jauh dan jauh. Akhirnya, Aina hilang. Haikal terduduk. Haikal menangis. Dilihat sekeliling. Tempatnya begitu asing sekali. Tiba – tiba ada suara yang memanggilnya. Haikal cuba bangun. Mencari – cari dari mana datangnya suara itu.

“ Haikal ! Haikal, bangun nak “ Hajah Aisya mengoncang – goncang bahu Haikal beberapa kali. Perlahan – lahan Haikal membuka mata.

“ Mak..” sayu suara Haikal. Haikal menoleh dari satu ke satu wajah di hadapannya. Tapi wajah yang di cari tiada. 

“ Mak, Aina mana mak? “ tanya Haikal kepada Hajah Aisya. Hajah Aisya sudah menduga soalan itu. Hajah Aisya terpaksa mengejutkan Haikal apabila dia mula meracau –racau memanggil nama Aina.

Hajah Aisya mengusap – usap dahi Haikal.

“ Tadi Aina ada disini, Haikal “ perlahan Hajah Aisya membalas. Haikal lihat, ada linangan air mata. Dia bingung. Kenapa?

Hajah Aisya mengucup dahi Haikal dan berlalu keluar dari wad itu. Ahli keluarga yang lain juga pergi meninggalkannya. Hanya Nur yang sudi menemaninya. Perlahan – lahan Nur menghampiri Haikal. Nur mengeluarkan sekeping surat, dan diletakkan di genggaman tangan Haikal.

“ Bacalah bang “ kata Nur. Lalu, Nur juga pergi meninggalkan Haikal keseorangan di dalam wad itu.
Perlahan – lahan Haikal membuka surat bertulis tangan itu. Berdebar – debar jantungnya. Saat dia membaca surat itu,air matanya berderai. Oh, Aina.

***************************************************************************
Sudah seminggu Haikal keluar dari hospital. Haikal memandang langit. Hari semakin gelap. Angin sejuk mula menampar pipinya. Hari dah nak hujan. Getus hatinya.

Sudah lama Haikal dikubur Aina. Berat hatinya mahu balik. Aina dah tak ada abang. Masih terngiang – ngiang suara Nur memberitahu akan pemergian Aina. Haikal hampir saja jatuh pengsan, tapi tubuhnya sempat dipegang oleh Hakim,abangnya.

Aina meninggal kerana cuba menyelamatkannya. Aina mendermakan separuh dari hatinya untuk Haikal. Malangnya, Aina pergi dahulu apabila dia mengalami pendarahan dalaman. Aina meninggal sejam selepas pembedahan.

Haikal masih dikubur itu. Hujan mula membasahi tanah perkuburan itu. Haikal masih terbayang surat yang Aina tulis untuknya diakhir hayatnya.


"Assalamualaikum Haikal,
Haikal, Aina minta maaf seandainya surat ini menganggu ketenteraman hati Haikal. Mungkin, waktu Haikal baca surat ini, Aina sudah tiada lagi. Haikal, sebelum itu, Aina minta maaf atas kesemua salah dan silap Aina sepanjang kita bersama. Haikal, terlalu indah anagan –angan kita. Aina selalu rasa takut. Takut sekiranya Haikal lupa. Aina minta maaf Haikal, kerana akhirnya Aina yang memungkiri janji. Maafkan Aina, Haikal. Aina minta, Haikal halalkan lah segala makan minum Aina, masa yang Haikal luangkan untuk Aina, dan juga segala kasih sayang yang Haikal pernah curahkan untuk Aina. Aina hargai semua itu. Aina redha kalau tiada jodoh antara kita. Aina redha kalau itu takdirnya buat kita. Sekadar berkenalan tapi bukan untuk bersama. Sesungguhnya, kerana Allah kita bertemu, kerana Allah jugalah kita terpisah. Haikal, jagalah hati Aina elok – elok. Aina doakan Haikal akan jumpa seseorang yang boleh membahagiakan haikal, kerana Aina tak mampu lakukannya. Haikal, kalau ianya belum terlambat, ingin sekali Aina nyatakan betapa Aina sangat menyayangi Haikal. Aina tidak sama sekali menyesal dengan keputusan yang Aina ambil. Sekurang – kurang nya, sebahagian dari diri Aina berada didalam diri Haikal. Berbahagialah Haikal. Aina pergi dulu,sayang.."


“ Aina, Haikal akan merindui Aina. “ perlahan Haikal mula mengatur langkah dari tanah perkuburan itu.

Haikal menoleh kearah kubur Aina. “ Assalamualaikum, sayang “

************************* T A M A T *************************

ANAYLLI
29th JUNE 2010

0 Comment:

 

littleWorld Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea